Selasa, 1 Julai 2008

Permainan Tradisional - Batu Seremban

Batu Seremban ialah salah satu permainan Melayu tradisional. Ia juga dikenali sebagai Selambut ataupun Serembat. Ia sering dimainkan pada waktu lapang. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu ataupun berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya Batu Seremban menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini juga dikenali sebagai buah.

Tiada ulasan: